Hari Raya Dalam Islam.
Orang Islam menyambut hari raya dua kali setiap tahun hijrah :
Hari raya Adil fitri
Hari raya Aidil adha
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
Sambutlah hari raya dengan penuh kesyukuran.
HARI RAYA AIDIL FITRI
Hari Raya Aidil fitri juga dikenali dengan Hari Raya Puasa atau Hari Haya Fitrah. Ia disambut pada hari pertama dalam bulan Syawal. Tujuan meraikannya adalah untuk menunjukkan kesyukuran di atas kejayaan umat Islam yang telah berpuasa selama sebulan bermula bulan Ramadhan setiap tahun.
Solat hari raya Aidil fitri ditunaikan agak lewat sedikit jika dibandingkan dengan solat hari raya Aidil adha adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid
Rumah-rumah terbuka biasanya akan diadakan pada Hari Raya Aidil fitri ataupun di sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.
Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari
Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun
اصَلِّي سُنَّة عيد الفطررَكعَتَينِ مأموما/اماما ِلله تَعَالَي
"Sahaja aku solat sunat aidilfitri dua rakaat (imam / makmum) kerana Allah
Taala".
سُبْحَانَ الله وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلا اِلَهَ اِلاَّ الله وَاللهُ اَكْبَرْ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْم
Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha
Ketupat dan lemang juadah
istimewa di pagi raya.
KAIFIAT SOLAT AIDIL FITRI DAN AIDIL ADHA
WAKTU | Selepas ½ jam terbit matahari sehingga matahari tergelincir. Disunatkan melambatkan solat ‘Aidilfitri dan menyegerakan solat ‘AidilAdha daripada awal waktu |
BILANGAN RAKAAT | 2 |
BILANGAN TAKBIR | 7 X pada rakaat pertama dan 5X pd rakaat kedua tidak termasuk takbiratul ihram |
BILANGAN TASBIH: | 6 X pada rakaat pertama dan 4 X pada rakaat kedua |
RAKAAT PERTAMA | selepas takburatul ihram bacalah doa iftitah Baca surah al-Fatihah dan surah al-A’la atau mana-mana surah |
RAKAAT KEDUA | Apabila berdiri pada rakaat kedua hendaklah terus bertakbir sebanyak 5 X dan membaca tasbih 4 x berselang seli. Kemudian baca al-Fatihah atau mana-mana surah Ruku’ Iktidal, sujud, tahiyat akhir dan memberi salam |
Cara Menunaikan Solat Hari Raya.
i) Niat solat hari raya.
a) Lafaz niat solat Hari Raya Aidilfitri adalah :
اصَلِّي سُنَّة عيد الفطررَكعَتَينِ مأموما/اماما ِلله تَعَالَي
"Sahaja aku solat sunat aidilfitri dua rakaat (imam / makmum) kerana Allah
Taala".
b) Lafaz niat solat Hari Raya Aidilahda adalah :
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ مأموما/اماما ِللهِ تَعَالَي
"Sahaja aku solat sunat aidilahda dua rakaat (imam / makmum) kerana Allah
Taala".
ii) Pada rakaat pertama hendaklah dimulai dengan lafaz takbir lafaz takbir sebanyak 7
kali tidak termasuk takbirratul ihram yang diselangi dengan bacaan tasbih. (Rujuk 1a)
iii) Pada rakaat kedua hendaklah dimulai dengan lafaz takbir sebanyak 5 kali tidak
termasuk takbirratul intiqalat yang diselangi dengan bacaan tasbih. (Rujuk 1a)
(1a) Bacaan tasbih .
سُبْحَانَ الله وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلا اِلَهَ اِلاَّ الله وَاللهُ اَكْبَرْ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْم
iv) Pada kedua-dua rakaat hendaklah dibaca surah Al fatihah, dan diteruskan dengan
sehingga rakaat kedua diakhiri dengan memberi salam.
Khutbah Hari Raya.






